Sunday, January 17, 2016

SEGERA :Status Naik Taraf Chrome OS Versi 44


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

U/P : Sekolah-Sekolah Yang mempunyai Chromebook. 

Tuan/Puan, 

Mohon kerjasama pihak tuan/puan untuk membuat naiktaraf Chrome OS Versi 44 chromebook di sekolah masing-masing. Sekiranya bermasalah naik taraf, mohon agar pihak sekolah melaporkan kepada meja bantuan YTLC. Berikut adalah panduan untuk pihak sekolah seperti yang pernah diedarkan sebelum ini melalui JPN: 

PANDUAN:
1.        Kesemua chromebook dan peralatan Chromelab iaitu SuperZoom, Peplink dan AP telah di hidupkan.
 2.        Sila pastikan yang Chromebook telah di log masuk menggunakan YES ID atau secara GUEST mode.
 3.        Bagi membolehkan naik taraf dilaksanakan secara otomatik, kesemua Chromebook perlu digunapakai oleh pihak sekolah  sekurang kurangnya:
                             - 3 hingga 4 jam sehari ( di dalam suatu sessi)                             
                             - 3 hingga 4 hari di dalam tempoh seminggu                            
                             - Setiap minggu sehingga 31-Januari-2016

4.        Perhation: Chromebook yang terbiar (idle) lebih daripada 5 minit akan padam secara otomatik dan ini akan melambatkan proses naik taraf. Pihak sekolah bertanggungjawab bagi memastikan penggunaan chromebook secara berterusan selama 1 jam pada suatu sessi.

 Kerjasama pihak tuan/puan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment