Monday, January 25, 2016

PERTANDINGAN ANUGERAH NILAM DAERAH KULAI 2016

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

Salam Muafakat Johor

Tuan / Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.     Berikut dilampirkan beberapa perkara yang berkaitan untuk makluman dan tindakan lanjut tuan/puan.

Sekian, terima kasih.

1. Surat Pertandingan ATN 2016 

2. Surat Pelantikan Jawatankuasa ATN 2016  

3. Senarai Calon ATN Daerah Kulai 2016 

Thursday, January 21, 2016

Perkongsian Bahan Taklimat VLE dan GPM 2016

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia
Salam Muafakat Johor

Berikut disertakan link bagi perkongsian bahan untuk rujukan.

Sekian, terima kasih.

<<Taklimat VLE>>
<<Pengurusan GPM>>
<<Senarai Calon NILAM>>

Monday, January 18, 2016

Pengisian Maklumat Sekolah & Perjawatan 2016

Kepada:
Guru Perpustakaan dan Media
Sekolah-Sekolah Daerah Kulai

PENGISIAN MAKLUMAT SEKOLAH DAN PERJAWATAN 2016

Mohon kerjasama tuan/ puan untuk membuat semakan dan mengemaskini maklumat yang diperlukan.

Sekian, terima kasih.

Maklumat Sekolah & Perjawatan (Sila Klik)

#Penting : Fail adalah dalam bentuk Google Doc. Isikan maklumat pada sekolah yang berkenaan sahaja. JANGAN PADAM (DELETE) maklumat sekolah lain.
Maklumat yang diisi akan tersimpan secara automatik.

Sunday, January 17, 2016

Aduan Kampus Astro

Image result for kampus astro


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

 

Tuan/Puan,

TATACARA PENYELESAIAN BAGI SEKOLAH YANG MEMPUNYAI MASALAH BERKENAAN KAMPUS ASTRO

 Perkara di atas adalah dirujuk.

Sekolah yang tidak selalu melayari atau menutup suis dekoder Astro pada tempoh yang lama, maka Kampus Astronya tidak berfungsi lagi. Kampus Astro di sekolah yang tidak berfungsi disarankan untuk membuat pengaktifan semula melalui Kampus Astro, sila hubungi 
Talian Khidmat Pelanggan: - Sekolah : 03 - 9543 3838 atau 1 300 82 0001, Emel: kampusastro@astro.com.my

Berikut merupakan tatacara penyelesaian isu kampus Astro :-

1.      Sila hubungi talian 1 300 82 0001 ( nyatakan kod sekolah sebagai rujukan )

2.      Bagi bantuan teknikal, perlu berada dihadapan dekoder Astro bagi memudahkan proses setting decoder tersebut.

3.      Tiada Siaran / dapat dengar radio sahaja / ada beberapa siaran sahaja :-
Telefon  1 300 82 0001 ,  pastikan sedia dengan nombor siri kad astro dan perlu berada dihadapan 
decoder Astro.

4.   Remote rosak :-
Buat surat bertandatangan Guru Besar, dalam surat nyatakan nama sekolah, kod sekolah, nombor siri 
kad serta faxkan surat tersebut untuk perhatian 'Head of corporate responsibility department' ditalian 
03-95437333

5.    Kad Astro hilang:-
Surat bertandatangan Guru Besar, dalam surat nyatakan nama sekolah, kod sekolah, nombor kod sekolah . Untuk perhatian 'Head of corporate responsibility department'. Fax kan surat tersebut ke 03-95437333
dan telefon talian 1 300 82 0001. (Caj akan dikenakan untuk penggantian kad yang hilang).

6.    Mengalih piring ke bangunan baru:-
Akan dikenakan bayaran sebanyak RM150 (sekiranya ada tambahan cabel akan dikenakan caj kabel) yang ditanggung oleh pihak sekolah. Tulis surat bertandatangan Guru Besar, dalam surat nyatakan nama sekolah, kod sekolah, nombor siri kad. Untuk perhatian 'Head of corporate responsibility department' faxkan surat tersebut ke 03-95437333 dan telefon talian 1 300 82 0001.

7.     Sekolah baru:-
Sila faxkan surat ke 03-95437333 untuk permohonan Kampus Astro dan telefon talian 
1 300 82 0001.



Sekian untuk makluman dan tindakan lanjut, terima kasih.

Mesyuarat Jawatankuasa Guru Perpustakaan dan Media Daerah Kulai Bil.1/ 2016

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia


Salam Muafakat Johor
Makluman kepada semua Guru Perpustakaan dan Media Sekolah-Sekolah Daerah Kulai. Mesyuarat Jawatankuasa Guru Perpustakaan dan Media  Bil.1/2016 akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh   : 20 Januari 2016 (Rabu)
Tempat :  SMK Indahpura, Kulai
Masa    : 2.00 Petang 
2. Berikut dilampirkan surat panggilan mesyuarat dan makluman awal untuk tindakan tuan/puan selanjutnya.
3. Sila berhubung dengan  Fairul Hassran bin Samsudin ditalian 017 8404425 atau 
Nabil bin Abdollah ditalian 019 7410860 untuk sebarang pertanyaan.

SEGERA :Status Naik Taraf Chrome OS Versi 44


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

U/P : Sekolah-Sekolah Yang mempunyai Chromebook. 

Tuan/Puan, 

Mohon kerjasama pihak tuan/puan untuk membuat naiktaraf Chrome OS Versi 44 chromebook di sekolah masing-masing. Sekiranya bermasalah naik taraf, mohon agar pihak sekolah melaporkan kepada meja bantuan YTLC. Berikut adalah panduan untuk pihak sekolah seperti yang pernah diedarkan sebelum ini melalui JPN: 

PANDUAN:
1.        Kesemua chromebook dan peralatan Chromelab iaitu SuperZoom, Peplink dan AP telah di hidupkan.
 2.        Sila pastikan yang Chromebook telah di log masuk menggunakan YES ID atau secara GUEST mode.
 3.        Bagi membolehkan naik taraf dilaksanakan secara otomatik, kesemua Chromebook perlu digunapakai oleh pihak sekolah  sekurang kurangnya:
                             - 3 hingga 4 jam sehari ( di dalam suatu sessi)                             
                             - 3 hingga 4 hari di dalam tempoh seminggu                            
                             - Setiap minggu sehingga 31-Januari-2016

4.        Perhation: Chromebook yang terbiar (idle) lebih daripada 5 minit akan padam secara otomatik dan ini akan melambatkan proses naik taraf. Pihak sekolah bertanggungjawab bagi memastikan penggunaan chromebook secara berterusan selama 1 jam pada suatu sessi.

 Kerjasama pihak tuan/puan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

Tuesday, January 5, 2016

PENCALONAN PEMILIHAN ANUGERAH NILAM DAERAH KULAI 2016



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

U/P : Guru Perpustakaan dan Media Daerah Kulai.

Berikut dilampirkan dokumen yang berkaitan untuk makluman dan tindakan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.


** TARIKH TUTUP PENYERTAAN NILAM PADA 15 JANUARI 2016, HARAP MAKLUM.**