Tuesday, July 19, 2016

MAKLUMAN PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH MENGGUNAKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) TAHUN 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Salam Muafakat Johor.

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.            Dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menjalankan pelaksanaan dan pemantauan penarafan pembestarian sekolah yang dilaksanakan secara dalam talian mulai 15 Julai hingga 30 Ogos 2016 seperti surat dengan nombor rujukan : KP (BTP-PPSB) 8817/3/4/Jld.3 (25) bertarikh 27 Mei 2016.
                                  
3.            Sehubungan itu, semua sekolah di Negeri Johor diminta memulakan proses penarafan secara atas talian ini pada pautan berikut  :

http://btpnjohor.moe.gov.my/ssqs2016

4.            Bagi membantu proses pelaksanaan ini, pihak BTP Negeri Johor dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) yang berhampiran sedia membantu di samping panduan SSQS yang disediakan di laman sesawang. Pihak sekolah diminta memohon bantuan Guru Perpustakaan dan Media atau Guru Penyelaras Bestari/Guru Penyelaras ICT bagi pelarasan Admin di peringkat sekolah. Selain itu, pihak sekolah diminta mendapatkan senarai token bagi melaksanakan proses penarafan melalui log masuk Admin pada pilihan menu Sekolah menggunakan Kata Laluan kod sekolah masing-masing.
  
5.            Sebarang pertanyaan sila hubungi Pegawai PKG Bandar Kulai, En. Nabil Bin Abdollah (019-7410860),  Pegawai PKG Sungai Sayong, En. Fairul Hassran Bin Samsudin (017-8404425).

Sekian, terima kasih.

Sunday, July 17, 2016

Bengkel (HUB VLE) Sekolah-Sekolah Daerah Kulai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Salam Muafakat Johor

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, pihak tuan/puan diminta untuk menghantar seorang guru Mata Pelajaran berkaitan untuk menyertai bengkel tersebut seperti diketetapan berikut :
        Tarikh : 19 Julai 2016 – 24 Ogos 2016 (Sila rujuk jadual)
        Tempat : SMK Kulai Besar, Kulai ( HUB VLE )
        Masa : 2.00 – 5.00 petang
5. Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Nabil Bin Abdollah (019-7410860), En. Fairul Hasran Bin Samsudin (017-8404425), En. Azhar Bin Talib (010-6688910).
Kerjasama tuan/puan terlebih dahulu kami ucapakan jutaan terima kasih.
Sekian untuk makluman dan tindakan tuan/puan.

Sila muat turun surat di bawah :-

Sunday, May 22, 2016

BENGKEL PARTICIPATIONS, INTERACTIONS, ENGAGEMENT ( PIE ) HUB VLE

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.


2.           Adalah dimaklumkan Pusat Kegiatan Guru Daerah Kulai dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kulai dan FrogAsia (Frog VLE) akan mengadakan Bengkel di atas seperti ketetapan berikut:

Tarikh
Masa
Fasilitator
Subjek Mata Pelajaran
Jumlah Peserta
24/05/2016 (Selasa)
2.00 ptg – 4.30 ptg
Afifah Binti Arifin
Pendidikan Islam (SR)
28
25/05/2016 (Rabu)
2.00 ptg – 4.30 ptg
Muhammad Najib Bin Moktar
Sains (SR)
25
14/06/2016 (Selasa)
10.00 pg – 12.30 tgh
Amri Bin Arip
Sejarah (SR)
28
15/06/2016 (Rabu)
10.00 pg – 12.30 tgh
Mohd Hafizi Bin Ibrahim /
Taty Azariah Binti Zakaria
Sains (SM)
18
21/06/2016 (Selasa)
10.00 pg – 12.30 tgh
Afifah Binti Arifin
Pendidikan Islam (SM)
18
22/06/2016 (Rabu)
10.00 pg – 12.30 tgh
Muhammad Najib Bin Moktar
Bahasa Melayu (SR)
28
28/06/2016 (Selasa)
10.00 pg – 12.30 tgh
Amri Bin Arip
TMK (SR)
25
29/06/2016 (Rabu)
10.00 pg – 12.30 tgh
Mohd Hafizi Bin Ibrahim /
Taty Azariah Binti Zakaria
Geografi (SM)
18

  Tempat  : SMK Kulai Besar, Kulai ( HUB VLE )
  Senarai Peserta : sila rujuk link dibawah

3.            Sehubungan dengan itu pihak tuan/puan diminta menghantar seorang guru Pendidkan Islam      
 ( 8 tahun berkhidmat dan ke bawah ) untuk menyertai bengkel tersebut.

4.         Peralatan yang perlu dibawa :
                        i)          Komputer Riba
                        ii)         Wayar Penyambung
                        iii)        Sukatan Pendidikan
                        iv)        Bahan Rujukan yang bersesuaian

5.         Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Nabil Bin Abdollah (019-7410860), En. Fairul Hassran Bin Samsudin (017-8404425), En. Azhar Bin Talib (010-6688910).

Kerjasama tuan/puan terlebih dahulu kami ucapkan jutaan terima kasih.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan.
           
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


AZHAR BIN TALIB
Pegawai Teknologi Pendidikan
Pusat Kegiatan Guru Bandar Kulai




Sunday, May 8, 2016

TAKLIMAT DAN BENGKEL MSL ( MEET, SHARE AND LEARN )


TAKLIMAT DAN BENGKEL MSL ( Meet, Share and Learn )

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Sehubungan dengan itu, diminta pihak tuan / puan agar dapat membenarkan pegawai / staf tuan / puan seperti di lampiran untuk menghadiri taklimat dan bengkel seperti di atas pada ketetapan berikut :

            Tarikh              : 10 Mei 2016 ( Selasa )
            Masa                : 2.00 hingga 4.30 petang
            Tempat                        : Pusat Kegiatan Guru Bandar Kulai,
                                      C2-01, Tingkat 2, Blok C,
                                      Kuarters Institusi Pendidikan Indahpura,
                                      Bandar Indahpura,
                                      81000 Kulai, Johor
            Keperluan        : Laptop/Netbook

3.         Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Azhar Bin Talib Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Bandar Kulai di talian 07-662 6530 atau 010-668 8910.

4.         Segala kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah kami hargai.


Sekian untuk makluman tuan/puan. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI”


Saya yang menurut perintah,



( NABIL BIN ABDOLLAH )
Pegawai Teknologi Pendidikan
Pusat Kegiatan Guru Bandar Kulai


  
Lampiran 1


Senarai Guru - Guru Yang Terlibat

Bil
Kod Sek
Nama Sekolah
Nama Guru
1
JBA8005
SK BANDAR PUTRA
MUHAMMAD NAJIB B. MOKHTAR
2
JBA8010
SK SEDENAK
AFIFAH BT ARIFIN
3
JBA8011
SK LKTP BUKIT BATU
AMRI BIN ARIP
4
JBA8024
SMK KULAI BESAR
MOHD HAFIZI BIN IBRAHIM
5
JBA8028
SMK TAMAN KOTA KULAI
TATY AZARIAH




Sunday, April 24, 2016

KEMASKINI DAN PEMVERIFIKASIAN DATA GPM DAERAH KULAI 2016

KEMASKINI DAN PEMVERIFIKASIAN DATA GPM DAERAH KULAI 2016

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

2.   Tuan/Puan adalah diminta untuk mengemaskini data GPM bagi tahun 2016 bagi
      tujuan penyimpanan rekod dan dokumentasi PKG Daerah Kulai dan Unit PSP BTPN Johor pada 
      atau sebelum 4 Mei 2016.

3.  Bersama ini dilampirkan Data GPM 2015 (untuk rujukan) bagi PKG BANDAR KULAI DAN 
     PKG SUNGAI SAYONG untuk tindakan pihak tuan/puan seterusnya.

4.  Sila klik pada LINK seperti dibawah mengikut PKG yang berkenaan.

     
      4.1  Untuk sekolah ahli PKG Bandar Kulai sahaja : 
                                                                       GPM ahli PKG BANDAR KULAI

      4.2  Untuk sekolah ahli PKG Sungai Sayong sahaja :
                                                                                              GPM ahli PKG SUNGAI SAYONG


Sekian, Terima Kasih.
Wassalamualaikum wm wb.

SEHATI SEJIWA
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,


AZHAR BIN TALIB
Pegawai Teknologi Pendidikan
Pusat Kegiatan Guru Bandar Kulai

Thursday, March 31, 2016

AGIHAN NETBOOK 1MALAYSIA FASA 4 SEKOLAH SEKOLAH ZON PKG BANDAR KULAI

Pengetua / Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Yang Berkenaan ( Rujuk Lampiran )

Tuan/ Puan,

AGIHAN NETBOOK 1 MALAYSIA FASA 4 SEKOLAH-SEKOLAH ZON PKG BANDAR KULAI

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Surat KP(BTP-TMKP)/8814/6Jld.6(38) bertarikh 11 Disember 2015 adalah dirujuk.

3. Sehubungan dengan itu, diminta pihak tuan bersama seorang guru untuk mengambil netbook berkenaan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 03 April 2016 ( Ahad )
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor
  Jalan Hang Jebat, Taman Skudai Baru
  81300 Skudai, Johor
Keperluan : Cop Sekolah

4. Sebarang pertanyaan, sila hubungi EN. ABU SAIFUDDIN BIN HJ. HANIPAH, Unit Pembestarian Sekolah di talian 07-558 1893 atau 012-734 1656.

5. Segala kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah kami hargai.


Sekian untuk makluman tuan/puan. Terima kasih.

Untuk makluman dan tindakan kepada sekolah sekolah yang berikut :

1
JBA8005
SK LKTP BUKIT BATU
2
JBA8010
SK KANGKAR PULAI
3
JBA8011
SK SENAI
4
JBA8024
SK TAMAN SRI PULAI
5
JBA8028
SK TAMAN MUHIBBAH
6
JBC1041
SJK(C) WOON HWA
7
JBC8011
SJK(C) PULAI




Sunday, March 20, 2016

PEMOHONAN 'CLASSROOM MAKEOVER VLE' BAGI SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KULAI


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Salam Permuafakatan Johor

Pengetua dan Guru Besar 
Sekolah-Sekolah Daerah Kulai
Tuan,
Pemohonan Pengubahsuaian Classroom Makeover VLE Bagi Sekolah-Sekolah Daerah Kulai 
Dengan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.
2.         Pendaftaran ini hanya dibuka kepada Negeri Johor terlebih dahulu untuk sasaran 1000 buah sekolah oleh pihak YTL Foundation dalam tempoh masa 6 bulan ini. Diminta pihak sekolah tuan/puan dapat mengisi borang pemohonan secara online bagi menggantikan kelas yang sedia ada kepada kelas pembelajaran abad ke 21 VLE di bawah Program Classroom Makeover YTL Foundation (Mohon rujuk panduan manual).
3.    Berikut disertakan pautan kepada borang pemohonan online dan pautan bagi manual pengubahsuaian bilik darjah kepada Classroom Makeover VLE:
       >>FrogClassroomManual<<   
4.         Perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan/puan di atas perkara ini amatlah dihargai. Sebarang pertanyaan sila hubungi En Nabil Bin Abdollah ditalian 019-7410860.
Sekian, terima kasih.