Thursday, March 31, 2016

AGIHAN NETBOOK 1MALAYSIA FASA 4 SEKOLAH SEKOLAH ZON PKG BANDAR KULAI

Pengetua / Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Yang Berkenaan ( Rujuk Lampiran )

Tuan/ Puan,

AGIHAN NETBOOK 1 MALAYSIA FASA 4 SEKOLAH-SEKOLAH ZON PKG BANDAR KULAI

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Surat KP(BTP-TMKP)/8814/6Jld.6(38) bertarikh 11 Disember 2015 adalah dirujuk.

3. Sehubungan dengan itu, diminta pihak tuan bersama seorang guru untuk mengambil netbook berkenaan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 03 April 2016 ( Ahad )
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor
  Jalan Hang Jebat, Taman Skudai Baru
  81300 Skudai, Johor
Keperluan : Cop Sekolah

4. Sebarang pertanyaan, sila hubungi EN. ABU SAIFUDDIN BIN HJ. HANIPAH, Unit Pembestarian Sekolah di talian 07-558 1893 atau 012-734 1656.

5. Segala kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah kami hargai.


Sekian untuk makluman tuan/puan. Terima kasih.

Untuk makluman dan tindakan kepada sekolah sekolah yang berikut :

1
JBA8005
SK LKTP BUKIT BATU
2
JBA8010
SK KANGKAR PULAI
3
JBA8011
SK SENAI
4
JBA8024
SK TAMAN SRI PULAI
5
JBA8028
SK TAMAN MUHIBBAH
6
JBC1041
SJK(C) WOON HWA
7
JBC8011
SJK(C) PULAI




Sunday, March 20, 2016

PEMOHONAN 'CLASSROOM MAKEOVER VLE' BAGI SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KULAI


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Salam Permuafakatan Johor

Pengetua dan Guru Besar 
Sekolah-Sekolah Daerah Kulai
Tuan,
Pemohonan Pengubahsuaian Classroom Makeover VLE Bagi Sekolah-Sekolah Daerah Kulai 
Dengan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.
2.         Pendaftaran ini hanya dibuka kepada Negeri Johor terlebih dahulu untuk sasaran 1000 buah sekolah oleh pihak YTL Foundation dalam tempoh masa 6 bulan ini. Diminta pihak sekolah tuan/puan dapat mengisi borang pemohonan secara online bagi menggantikan kelas yang sedia ada kepada kelas pembelajaran abad ke 21 VLE di bawah Program Classroom Makeover YTL Foundation (Mohon rujuk panduan manual).
3.    Berikut disertakan pautan kepada borang pemohonan online dan pautan bagi manual pengubahsuaian bilik darjah kepada Classroom Makeover VLE:
       >>FrogClassroomManual<<   
4.         Perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan/puan di atas perkara ini amatlah dihargai. Sebarang pertanyaan sila hubungi En Nabil Bin Abdollah ditalian 019-7410860.
Sekian, terima kasih.