Thursday, November 12, 2015

SEMINAR PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2015

Salam Muafakat Johor,
 
Tuan/Puan,
 
SEMINAR PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2015
 
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
 
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Penasihat Pusat Sumber Sekolah Negeri Johor akan menganjurkan Seminar Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan sebagaimana ketetapan berikut:
 
Tarikh : 2 dan 3 Disember 2015 (Rabu dan Khamis)
 
Tempat : Bilik Gemilang , BTPN Johor
 
Yuran :  RM60 (ahli)
RM80 (bukan ahli)
 
3. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama daripada pihak tuan/puan untuk memaklumkan kepada Guru Perpustakaan Media (GPM) sekolah tuan/puan. Pendaftaran boleh dibuat melalui atas talian di http://gg.gg/pendaftaranseminarppss
 
4. Sebarang pertanyaan hubungi Pn Kamariah bte Salim (019-7126001) . Kerjasama dari pihak tuan/puan amat kami hargai. Sekian, terima kasih.
 
"SEHATI SEJIWA"

Wednesday, November 4, 2015

TAKLIMAT PERBEKALAN NETBOOK 1 MALAYSIA FASA 3

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

SALAM MUAFAKAT JOHOR


Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor akan melaksanakan pengagihan Netbook 1 Malaysia (Loaner Unit) bagi Fasa 3/2015 kepada sekolah-sekolah negeri Johor. Sehubungan dengan itu satu taklimat akan diadakan sebagaimana        berikut bagi melancarkan proses agihan tersebut:
BilDaerahTarikh/MasaTempat
1Batu PahatTarikh : 01/11/2015 (Ahad)
Masa : 2.30 petang
PKG Yong Peng
2Johor Bahru
Pasir Gudang
Tarikh : 02/11/2015 (Isnin)
Masa : 2.30 petang.
PKG Majidee, Johor Bahru
3Muar
Ledang
Segamat
Tarikh : 03/11/2015 (Selasa)
Masa : 2.30 petang
Dewan SMK Tun Mamat, Tangkak.
4Kota Tinggi
Mersing
Kluang
Tarikh : 04/11/2015 (Rabu)
Masa : 2.30 petang
PKG Kluang TImur, Kluang.
5Kulai
Pontian
Tarikh : 05/11/2015 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi
Dewan PPD Kulai.
Disertakan bersama-sama ini:
KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN - CONTOH SAP NETBOOK 1M