Tuesday, July 19, 2016

MAKLUMAN PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH MENGGUNAKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) TAHUN 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Salam Muafakat Johor.

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.            Dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menjalankan pelaksanaan dan pemantauan penarafan pembestarian sekolah yang dilaksanakan secara dalam talian mulai 15 Julai hingga 30 Ogos 2016 seperti surat dengan nombor rujukan : KP (BTP-PPSB) 8817/3/4/Jld.3 (25) bertarikh 27 Mei 2016.
                                  
3.            Sehubungan itu, semua sekolah di Negeri Johor diminta memulakan proses penarafan secara atas talian ini pada pautan berikut  :

http://btpnjohor.moe.gov.my/ssqs2016

4.            Bagi membantu proses pelaksanaan ini, pihak BTP Negeri Johor dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) yang berhampiran sedia membantu di samping panduan SSQS yang disediakan di laman sesawang. Pihak sekolah diminta memohon bantuan Guru Perpustakaan dan Media atau Guru Penyelaras Bestari/Guru Penyelaras ICT bagi pelarasan Admin di peringkat sekolah. Selain itu, pihak sekolah diminta mendapatkan senarai token bagi melaksanakan proses penarafan melalui log masuk Admin pada pilihan menu Sekolah menggunakan Kata Laluan kod sekolah masing-masing.
  
5.            Sebarang pertanyaan sila hubungi Pegawai PKG Bandar Kulai, En. Nabil Bin Abdollah (019-7410860),  Pegawai PKG Sungai Sayong, En. Fairul Hassran Bin Samsudin (017-8404425).

Sekian, terima kasih.

Sunday, July 17, 2016

Bengkel (HUB VLE) Sekolah-Sekolah Daerah Kulai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Salam Muafakat Johor

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, pihak tuan/puan diminta untuk menghantar seorang guru Mata Pelajaran berkaitan untuk menyertai bengkel tersebut seperti diketetapan berikut :
        Tarikh : 19 Julai 2016 – 24 Ogos 2016 (Sila rujuk jadual)
        Tempat : SMK Kulai Besar, Kulai ( HUB VLE )
        Masa : 2.00 – 5.00 petang
5. Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Nabil Bin Abdollah (019-7410860), En. Fairul Hasran Bin Samsudin (017-8404425), En. Azhar Bin Talib (010-6688910).
Kerjasama tuan/puan terlebih dahulu kami ucapakan jutaan terima kasih.
Sekian untuk makluman dan tindakan tuan/puan.

Sila muat turun surat di bawah :-