Thursday, December 31, 2015

PENGEDARAN BAHAN DIGITAL MBMMBI 2016


Pengetua / Guru Besar,
Sekolah-Sekolah  Daerah Kulai

Tuan,

PENGEDARAN BAHAN DIGITAL MBMMBI 2016

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Bahagian Teknologi Pendidikan akan mengedarkan bahan digital MBMMBI bagi tahun 2016 melalui Pusat Kegiatan Guru ke sekolah-sekolah Daerah Kulai pada ketetapan berikut:

Tarikh
Tempat
Masa
Catatan
04 Januari 2016
(Isnin)
PKG Bandar Kulai
2.00  – 4.30 petang
Sila bawa cop sekolah

*Bagi sekolah ahli PKG Sungai Sayong yang berhampiran boleh hadir di sini.

05 Januari 2016
(Selasa)
PKG Sungai Sayong
2.00  – 4.30 petang

Sila bawa cop sekolah

3.         Sehubungan dengan itu,  diminta  Guru Perpustakaan Dan Media  untuk hadir ke lokasi pada tarikh yang berkenaan sahaja bagi mengambil bahan digital MBMMBI tersebut.

4.         Dimaklumkan juga bahawa bahan digital MBMMBI yang telah diterima perlu direkodkan di bawah Pusat Sumber Sekolah serta memaklumkan pada ketua panitia bahasa/ guru matapelajaran bahawa bahan digital MBMMBI telah sedia ada untuk digunapakai bagi proses pengajaran dan pembelajaran.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan.

Lampiran :-

1. Surat MBMMBI 2016 - Klik Di sini!
2. Senarai Jenis CD MBMMBI 2016 - Klik Di sini!
3. Rekod Penggunaan Bahan Digital MBMMBI - Klik Di sini!
4. Analisa Penggunaan Bahan Digital MBMMBI - Klik Di sini!