Sunday, January 17, 2016

Aduan Kampus Astro

Image result for kampus astro


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

 

Tuan/Puan,

TATACARA PENYELESAIAN BAGI SEKOLAH YANG MEMPUNYAI MASALAH BERKENAAN KAMPUS ASTRO

 Perkara di atas adalah dirujuk.

Sekolah yang tidak selalu melayari atau menutup suis dekoder Astro pada tempoh yang lama, maka Kampus Astronya tidak berfungsi lagi. Kampus Astro di sekolah yang tidak berfungsi disarankan untuk membuat pengaktifan semula melalui Kampus Astro, sila hubungi 
Talian Khidmat Pelanggan: - Sekolah : 03 - 9543 3838 atau 1 300 82 0001, Emel: kampusastro@astro.com.my

Berikut merupakan tatacara penyelesaian isu kampus Astro :-

1.      Sila hubungi talian 1 300 82 0001 ( nyatakan kod sekolah sebagai rujukan )

2.      Bagi bantuan teknikal, perlu berada dihadapan dekoder Astro bagi memudahkan proses setting decoder tersebut.

3.      Tiada Siaran / dapat dengar radio sahaja / ada beberapa siaran sahaja :-
Telefon  1 300 82 0001 ,  pastikan sedia dengan nombor siri kad astro dan perlu berada dihadapan 
decoder Astro.

4.   Remote rosak :-
Buat surat bertandatangan Guru Besar, dalam surat nyatakan nama sekolah, kod sekolah, nombor siri 
kad serta faxkan surat tersebut untuk perhatian 'Head of corporate responsibility department' ditalian 
03-95437333

5.    Kad Astro hilang:-
Surat bertandatangan Guru Besar, dalam surat nyatakan nama sekolah, kod sekolah, nombor kod sekolah . Untuk perhatian 'Head of corporate responsibility department'. Fax kan surat tersebut ke 03-95437333
dan telefon talian 1 300 82 0001. (Caj akan dikenakan untuk penggantian kad yang hilang).

6.    Mengalih piring ke bangunan baru:-
Akan dikenakan bayaran sebanyak RM150 (sekiranya ada tambahan cabel akan dikenakan caj kabel) yang ditanggung oleh pihak sekolah. Tulis surat bertandatangan Guru Besar, dalam surat nyatakan nama sekolah, kod sekolah, nombor siri kad. Untuk perhatian 'Head of corporate responsibility department' faxkan surat tersebut ke 03-95437333 dan telefon talian 1 300 82 0001.

7.     Sekolah baru:-
Sila faxkan surat ke 03-95437333 untuk permohonan Kampus Astro dan telefon talian 
1 300 82 0001.



Sekian untuk makluman dan tindakan lanjut, terima kasih.

No comments:

Post a Comment