Thursday, November 12, 2015

SEMINAR PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2015

Salam Muafakat Johor,
 
Tuan/Puan,
 
SEMINAR PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2015
 
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
 
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Penasihat Pusat Sumber Sekolah Negeri Johor akan menganjurkan Seminar Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan sebagaimana ketetapan berikut:
 
Tarikh : 2 dan 3 Disember 2015 (Rabu dan Khamis)
 
Tempat : Bilik Gemilang , BTPN Johor
 
Yuran :  RM60 (ahli)
RM80 (bukan ahli)
 
3. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama daripada pihak tuan/puan untuk memaklumkan kepada Guru Perpustakaan Media (GPM) sekolah tuan/puan. Pendaftaran boleh dibuat melalui atas talian di http://gg.gg/pendaftaranseminarppss
 
4. Sebarang pertanyaan hubungi Pn Kamariah bte Salim (019-7126001) . Kerjasama dari pihak tuan/puan amat kami hargai. Sekian, terima kasih.
 
"SEHATI SEJIWA"

No comments:

Post a Comment