Sunday, March 20, 2016

PEMOHONAN 'CLASSROOM MAKEOVER VLE' BAGI SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KULAI


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Salam Permuafakatan Johor

Pengetua dan Guru Besar 
Sekolah-Sekolah Daerah Kulai
Tuan,
Pemohonan Pengubahsuaian Classroom Makeover VLE Bagi Sekolah-Sekolah Daerah Kulai 
Dengan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.
2.         Pendaftaran ini hanya dibuka kepada Negeri Johor terlebih dahulu untuk sasaran 1000 buah sekolah oleh pihak YTL Foundation dalam tempoh masa 6 bulan ini. Diminta pihak sekolah tuan/puan dapat mengisi borang pemohonan secara online bagi menggantikan kelas yang sedia ada kepada kelas pembelajaran abad ke 21 VLE di bawah Program Classroom Makeover YTL Foundation (Mohon rujuk panduan manual).
3.    Berikut disertakan pautan kepada borang pemohonan online dan pautan bagi manual pengubahsuaian bilik darjah kepada Classroom Makeover VLE:
       >>FrogClassroomManual<<   
4.         Perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan/puan di atas perkara ini amatlah dihargai. Sebarang pertanyaan sila hubungi En Nabil Bin Abdollah ditalian 019-7410860.
Sekian, terima kasih.

Sunday, February 28, 2016

Memo Makluman Ciri Baharu Frog VLE : Pengurusan ID Murid

Assalamualaikum & Salam sejahtera tuan,

1. Bersama ini dilampirkan memo berkaitan bagi makluman dan tindakan pihak tuan.

2. Manual panduan dalam bentuk digital copy seperti di bawah:


Pengurusan ID VLE Murid


Sekian, terima kasih.

Sunday, February 14, 2016


Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Kulai,
(U.P. Penyelaras VLE/Bestari/ICT sekolah)
Johor.

Tuan,

ADUAN KEROSAKAN DONGLE YES 1BESTARINET
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2.        Bagi Dongle yang rosak perlu dilaporkan ke PKG pada atau sebelum 15 Februari 2016 untuk memohon penggantian baru ke BTP. Dongle yang rosak perlu disimpan dahulu oleh sekolah sebelum bekalan baru dibekalkan. 
3.         Bersama ini dilampirkan bersama borang maklum balas kerosakan Dongle YES untuk makluman dan tindakan lanjut oleh pihak sekolah tuan (hanya isikan dibahagian sekolah masing-masing shj).
4.         Sehubungan dengan itu, dimohon kerjasama pihak tuan untuk memaklumkan perkara ini kepada Penyelaras VLE/Bestari/ICT sekolah tuan.
5.         Sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas sila hubungi PKG Daerah Kulai. Segala kerjasama dan perhatian yang tuan berikan amat kami hargai.
Sekian, terima kasih.

Thursday, January 28, 2016

Monday, January 25, 2016

PERTANDINGAN ANUGERAH NILAM DAERAH KULAI 2016

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

Salam Muafakat Johor

Tuan / Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.     Berikut dilampirkan beberapa perkara yang berkaitan untuk makluman dan tindakan lanjut tuan/puan.

Sekian, terima kasih.

1. Surat Pertandingan ATN 2016 

2. Surat Pelantikan Jawatankuasa ATN 2016  

3. Senarai Calon ATN Daerah Kulai 2016 

Thursday, January 21, 2016

Perkongsian Bahan Taklimat VLE dan GPM 2016

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia
Salam Muafakat Johor

Berikut disertakan link bagi perkongsian bahan untuk rujukan.

Sekian, terima kasih.

<<Taklimat VLE>>
<<Pengurusan GPM>>
<<Senarai Calon NILAM>>