Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Salam Muafakat Johor.
Tuan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2.
Dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) akan menjalankan pelaksanaan dan pemantauan penarafan
pembestarian sekolah yang dilaksanakan secara dalam talian mulai 15
Julai hingga 30 Ogos 2016 seperti surat dengan nombor rujukan : KP
(BTP-PPSB) 8817/3/4/Jld.3 (25) bertarikh 27 Mei 2016.
3.
Sehubungan itu, semua sekolah di Negeri Johor diminta memulakan proses
penarafan secara atas talian ini pada pautan berikut :
http://btpnjohor.moe.gov.my/ssqs2016
4.
Bagi membantu proses pelaksanaan ini, pihak BTP Negeri Johor dan Pusat Kegiatan
Guru (PKG) yang berhampiran sedia membantu di samping panduan SSQS yang
disediakan di laman sesawang. Pihak sekolah diminta memohon bantuan Guru
Perpustakaan dan Media atau Guru Penyelaras Bestari/Guru Penyelaras ICT bagi
pelarasan Admin di peringkat sekolah. Selain itu,
pihak sekolah diminta mendapatkan senarai token bagi melaksanakan
proses penarafan melalui log masuk Admin pada pilihan menu
Sekolah menggunakan Kata Laluan kod sekolah masing-masing.
5.
Sebarang pertanyaan sila
hubungi Pegawai PKG Bandar Kulai, En. Nabil Bin Abdollah
(019-7410860), Pegawai PKG Sungai Sayong,
En. Fairul Hassran Bin Samsudin (017-8404425).
Sekian, terima kasih.