Tuesday, June 30, 2015

PINJAMAN NETBOOK 1 MALAYSIA


Image result for netbook 1malaysia 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Salam Muafakat Johor.


》semua sekolah di daerah kulaijaya yang tidak mendapat bekalan netbook 1 malaysia sebelum ini adalah berhak untuk meminjam unit netbook yg tersedia di PKG Sungai Sayong.

》walaubagaimanapun,pinjaman ini tertakluk kepada syarat2 yg ditetapkan dalam pekeliling sebelum ini.
》pinjaman adalah terhad maksimum 10 unit sahaja bagi satu sekolah.

》Unit netbook yang dipinjam adalah untuk kegunaan guru sahaja bagi memudahkan pengajaran dalam pdp. Murid atau pelajar tidak dibenarkan untuk menggunakan unit netbook tersebut.

》pengetua atau guru besar bertanggungjawab sepenuhnya terhadap unit netbook yang dipinjam. Unit netbook yang dipinjam hendaklah sentiasa disimpan oleh pihak sekolah.

》keselamatan unit netbook yang dipinjam adalah tanggungjawab pihak sekolah sepenuhnya.

》tempoh pinjaman maksimum adalah selama 30 hari atau 1 bulan. Sekiranya ingin meminjam lebih daripada tempoh tersebut, guru berkenaan perlu hadir ke PKG Sungai Sayong untuk memperbaharui tempoh pinjaman.

》BTPNJ dan PKG berhak meminta guru atau pihak sekolah memulangkan unit pinjaman netbook walaupun masih dalam tempoh pinjaman.

Pinjaman boleh dilakukan bermula pada 5 Julai 2015 (Ahad)

Wednesday, June 24, 2015

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8 Tahun 2015: Kemudahan Pinjaman Netbook 1Malaysia untuk Guru Sekolah KKPM

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

Salam Muafakat Johor

Tuan,

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.   Untuk makluman, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8 Tahun 2015: Kemudahan Pinjaman Netbook 1Malaysia Untuk Guru Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimuatnaik ke dalam Portal KPM dan boleh dicapai melalui URL di bawah.

3.   Bersama-sama ini disertakan salinan SPI tersebut untuk makluman dan tindakan tuan.

Sekian, terima kasih.

Muat turun pekeliling dan borang di sini!