Tuesday, April 14, 2015

PELAKSANAAN PROGRAM KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2015 (KM1M 2015)

Salam Muafakat Johor.
Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan satu aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaaan dalam kalangan murid.
Program KM1M 2015 di Peringkat Kebangsaan akan diadakan selama tiga hari iaitu pada 21 hingga 23 April dengan tema Membaca Menjana Pemikiran 1 Malaysia. Majlis Pelancarannya akan diadakan pada 21 April 2015 di SMK Tengku Afzan, Alor Akar, Kuantan, Pahang. Manakala pelancaran peringkat Negeri Johor akan diadakan di SK Kampung Pasir, Johor Bahru pada tarikh yang sama.
Sehubungan itu, dipohon Guru Perpustakaan dan Media mengambil tindakan untuk melaksanakan pelancaran KM1M jam 10pagi pada 21 April 2015. Sekolah juga disarankan supaya melaksanakan aktiviti-aktiviti KM1M pada 21-23 April 2015 di sekolah masing-masing. 
Pelaporan KM1M perlu dihantar secara hardcopy ke PKG masing-masing mulai 24 April hingga 30 April untuk dihantar ke KPM.
Segala pertanyaan boleh hubungi En Fairul Hassran bin Samsudin di talian 017-8404425 / 07-8978420
Sila muat turun dokumen yang dilampirkan.
Surat KM1M  - klik utk muat turun

Cth Aktiviti  - klik utk muat turun

Laporan KM1M  - klik utk muat turun


Contoh Pelaporan KM1M - klik utk muat turun

Borang Soal Selidik LDP Frog VLE

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.


Berikut dikongsikan borang soal selidik LDP Frog VLE untuk makluman dan rujukan admin di sekolah.

Muat Turun borang Di Sini

Thursday, April 2, 2015

STATUS PENERIMAAN DONGLE YES SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR

STATUS PENERIMAAN DONGLE YES SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR
Perkara di atas adalah dirujuk.
2.            Unit Pembestarian Sekolah, BTPN Johor dalam proses verifikasi data status penerimaan Dongle YES. Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak tuan untuk memastikan semua sekolah di bawah seliaan tuan mengisi maklumat yang dikehendaki melalui Google Form pada pautan di bawah:
3.            Sila pastikan semua sekolah di bawah seliaan pihak tuan mengisi maklumat tersebut sebelum atau pada 5 APRIL 2015.
Segala kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan jutaan terima kasih.
“TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI”