Monday, May 18, 2015

Perkongsian Semula: Projek Perkhidmatan 1BestariNet - Garis Panduan Penukaran Kata Laluan YES Dongle ID

Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Kulaijaya,
(U.P. Penyelaras VLE/Bestari/ICT sekolah)
Johor.
Tuan,
PROJEK PERKHIDMATAN 1BESTARINET – GARIS PANDUAN PENUKARAN KATA LALUAN YES DONGLE ID
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2.         Bersama ini dipanjangkan  surat dari Jabatan Pendidikan Johor, no rujukan JPNJ.SPMICT (21)/100-13/3/3jld.3(34) bertarikh 9 September 2014 yang dengan sendirinya menerangkan maksud perkara di atas.(Sila Log Masuk untuk memuat turun surat pekeliling tersebut).
3.         Sehubungan dengan itu, dimohon kerjasama pihak tuan untuk memaklumkan perkara ini kepada Penyelaras VLE/Bestari/ICT sekolah tuan.
4.         Sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas sila hubungi En. Azarizan Bin Ahmad Suhaimi Basha, Penyelia Teknologi dan Maklumat, PPD Kulai.
5.         Segala kerjasama dan perhatian yang tuan berikan amat kami hargai.
Sekian, terima kasih.